Sunday, January 24, 2010

menjadi suri rumah

ya mama pernah berkata "along,bila lagi along nak start masak.cuba2 lah masak.kalau tak masak macam mane nak jaga suami". ceh mama ayat mama amat menyentuh kalbu sebab usia dah semakain meningkat kot. tapi saya rasa itu adalah ayat menpsycho saya untuk tolong beliau memasak. ya, dan hari ini saya telah menjadi suri rumah di sebabkan mama tidak berapa sihat. sian mama...sian sekali aku sebab kena masak.



jangan gelak sebab sup sayur ini kelihatan hijau sahaja.ye lah nama pun sup sayur memanglah hijau..


tidak setakat itu sahaja. saya kena membasuh baju yang bertimbun sebab semalam adik2 malas nak basuh.eleh kan ada mesin basuh.tu belum masuk bab mengemas sebab saya telah mengarah ala pemeritah kuku besi kepada adik2 untuk mengemas rumah.





petang kena hantar una ke driving school..hehe rasa macam hantar anak pergi 1st day darjah satu.pesan kat una macam2.hati2 bawak keta.kalau nervous tarik je hand break.eh ko gila ye yana tak berguna nasihat kamu itu.





kenapa saya patut berasa penat?sebab hari ini cuaca amat panas.


*berpeluh*

Sunday, January 17, 2010

sekian lama



setelah agak lama tidak mengabdikan diri untuk menulis ke blog saya berfikir berkali2 dan apalah salah kiranya saya kembali untuk menulis.memandangakan kini saya telah free dan mungkin mempunyai masa yang agak terluang.haha ye ke balik keje terus terbongkang tido.




ini hasilnya apabila keluar makan bersama si kembar pada hari ahad...

muka yang puas hati dapat makan blueberry pie...

Monday, September 28, 2009

kata hati

Hari itu,dalam bulan syawal,pastinya sanak saudara berkumpul.berjumpa sepupu2 yang membuat aku selesa bercerita itu dan ini.cuma sering terpisah dek kerana waktu yang bergerak pantas.so the most famous question untuk aku yang masih bujang dek kerana sepupu2 aku sudah berkeluarga ialah:"ha along bila pulak nak kawin?".
huhu aku hanya tersenyum dan jawapan yang selalu aku beri bila soalan bonus ini keluar dari mulut yang selalu bertanya.
"insyaallah bulan 12,tapi...tak tau lah tahun bila".
dan jawapan tersebut mengundang bebelan dari si ibu2 saudara:"anak dara zama sekarang ni memilih sangat".
bukan aku memilih tapi the other side of me yang tergambar di sebalik perwatakan ini,terlindung impian menggunung. aku tersenyum, hanya si ibu yang tahu lelaki idaman ku. biar bergaya, biar berharta, menjaga hati org tua dan yang paling penting lelaki yang tak tinggal sejadah dan buta Quran. balasan si ibu: "nobody perfect dlm dunia ni"
tapi tak salah kan meletakkan harapan menggunung untuk sebuah impian yang tak pasti.
*senyum kelat*

Thursday, September 24, 2009

raya episod 1


1 Syawal sudah berlalu meninggalkan kita; dan hari ini sudah 5 Syawal.

masa masa yang manis kebiasaannya akan pantas pergi meninggalkan kita,

setiap memori akan terpahat dlm igatan,

gelak tawa dan gurau senda menjadi sebahagian kenangan terindah


*tadah tangan berterima kasih dan bersyukur kepada Tuhan*

adik beradik

Saturday, September 5, 2009

rasa hati

tuhan,
kadang-kala aku merasa jiwa ini sudah mati,
bosan,sunyi,sepi,marah,kecewa bercampur dalam diri,
rasa tak pernah tercapai apa yg dihajati,
dan,
hari tetap berganti,
namun apa yang didapati paling-paling tak ditepati.

Tuesday, August 18, 2009

si kembar yg disayangi,selamat hari lahir

utk si kembar yg disayangi, selamat hari lahir.
untuk beberapa jam lagi, kamu akan menjadi dewasa,kamu akan terus dewasa, dan pertambahan umur seperti hari-hari yang berlalu.
hadapi hidup dengan tenang.
*senyum dengan lebar*

Wednesday, August 5, 2009